Wednesday, July 15, 2015

Cookies raya 2015

Assalamualaikum semua...
fuhhh...fuhh..fuhh... banyaknya sawangg.... ya laa... lamanya tak mai sapu kat blog ni... Apa habag semua?.. Tentu masing-masing kalut dengan persediaan untuk menyambut aidilfitri..
Kak Ida.. macam biasa.. busy.. membusy... terbusy...heheheee
Tahun ni Kak Ida menyambut Aidilfitri dengan tambahan ahli keluarga.. Last year kan anak kak ida dah kahwin... So tahun ni ada suami...anak.. menantu.. dan yang happening... Cucu... heheheee

tentang cookies raya.. Kak Ida sempat buat dua jenis jaa... yang simple dan bajet.. hehehe
Jadi.. nama cookies ni ialah Budget Cookies.. With Love from GST.. ok ka macam tu... hehehe.. Jangan marah nooo.. gurau jaa..

Kita tengok cookies yang pertama.. namanya Dahlia/ Samperit..

Samperit Dahlia

Sedap... gebu camtu...


Mesti nak tau resepi kan...
Senang ja buat ni.. Satu adunan dapatla dalam 100 biji++

Resepi Samperit Dahlia
1 butter (Kak guna Anchor)
3/4  cawan susu pekat
320g tepung jagung
30g tepung kastad
50g tepung gandum

Cara..
1. Satukan butter dan susu pekat.. Pukul sekejap sahaja..
2. Ayakkan semua tepung.. masukkan dalam butter.. uli dengan tangan sahaja..
3. Bahagikan doh kepada 2. Warnakan dengan warna merah light dan yang satu lagi biarkan warna asal.
4. Terapkan guna acuan samperit . Kak Ida guna yang pecah 15 kot...
5. Ptong ceri kecil-kecil, letakkan atas cookies..
6. Bakar dengan api 160 lebih kurang 13 minit @ ikut oven masing-masing..


Kita tengok cookies yang kedua pulak.. Actually resepi ni sangat lama... Masa tahun 90an dulu...
Namanya ialah Biskut Dua Sekamar...

Biskut Dua Sekamar

Wangi... sedap.. cair dalam mulut... hehehee
Anak Kak Ida yang request nak cookies ni... Cookies yang ringkas dan sedap.. dAAAAnnn... bajet....

Resepinya Kak ida sertakan di sini...

Biskut Dua Sekamar

180g butter (Kak ida guna Anchor)
100g crisco / shortening
80g gula aising
1 kuning telur
250g tepung superfine/ tepung gandum
150g tepung jagung
2 camca besar susu tepung
esen vanila
strawbei paste
papercup
ceri

Cara:
1. Satukan butter, crisco dan gula. Putar hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung , susu tepung, Gaul sebati.
3. Bahagikan doh kepada 2. Satu bahagian diletakkan starberi paste dan sedikit pewarna merah. Uli rata.
4. Gunakan nozle bulat,  gunakan piping bag.. (sori lupa nak amik gambag..), masukkan adunan dalam piping bag. Paikan adunan terus dalam papercup. Kak Ida buat satu-satu warna hingga habis, baru buat warna yang satu lagi. Kita dapat dalam 115++ biji...
5. Potong ceri secara memanjang.. Letakkan atas biskut tadi.
6. Bakar suhu 160 (atau ikut oven masing-masing) selama 15 minit (+-)

Ok.. kita jumpa lagi nanti.... di lain masa..

Sunday, August 10, 2014

Samperit Susu

Assalamualaikum...
Belum terlambat untuk Kak Ida mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada rakan semua...
Bulan puasa yang lalu, kak Ida untuk pertama kalinya membuat kueh Samperit Susu ni... Resepi yang mudah dan menggunakan hanya 4 bahan jaa... Resepi pun dari kawan-kawan FB gakk...


Sebelum dibakar...

penat gakk..nak habis satu adunan..hehehe....
Taraaa..... hasilnya

Dah siap.. dapat 3 bekas ..(dalam 130pcs camtu)...

Biskut ni memang sedap... Kak Ida suka... nanti cadang nak buat lagi

Samperit Susu
(Sumber: Mr Google)

1 butter
1/2 tin susu pekat manis
450g tepung jagung
1 tsp essen vanila

Cara:
1. Putar susu + butter sekejap
2. Masuk essen vanilla
3. Masuk tepung jagung cikit-cikit
4. Tekan guna acuan semperit.. (kak ida guna yang pecah 15)
5. Bakar dalam 12 - 15 minit (ikut oven)

Thursday, June 26, 2014

Kek In Jar

Assalam semuaaa....
Apa habag??? Kak Ida harap semua sihat yaaa.. Dah tak lama kita nak berpuasa.. Ada dua hari jaa lagi.. Hari ni Kak ida nak kongsikan Resepi Kek In Jar... Resepi ni memang meletop masa beberapa tahun keelakangan ini.. dan tak akan hilang... Sebab ianya boleh dibuat bila-bila saja... Yang penting R.A.J.I.N.. hehehee... betulkan..

Jom kita tengok resepinya...




1.    TIRAMISU - KEK IN JAR

Basic Kek

180g butter
50g serbuk koko
150g gula kaster
120g tpg s.r
3 telur
1 tsp b.p
1 tbsp choc emulco
30g susu cair

Cara-caranya:
1. Putar butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Tepung self raising + baking powder + serbuk koko diayak. Masukkan ke dalam adunan butter tadi selang seli dengan susu cair. Masukkan choc emulco.
3. Masukkan dalam botol. Agak-agak 1/3 cukup. Letakkan botol dalam loyang yang berisi air. Kemudian masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 terlebih dahulu.
4. Bakar anggaran 20 minit atau hingga masak - bergantung pada oven (cucukkan dengan lidi untuk lihat kek telah masak).
 5. Bila masak keluarkan dari oven dan loyang - sejukkan
Kek yang telah dimasukkan dalam oven...
Untuk menghiasnya.


Cream Cheese
250g cream cheese
125g susu pekat manis
250g krim putar – putar high speed
1 tsp oren sunquick

1. Putar cream cheese dengan susu pekat hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, putar krim putar hingga soft peak. Kemudian masukkan krim putar ini dalam bekas cream cheese tadi.
3. Masukkan pes oren sunquick . (boleh letak lebih jika nak rasa masam-masam cikit) 

Choklat Ganache
200g choc masakan - (cair secara double boiler)
Serbuk koko/milo

Untuk melapisnya :
1. Ambil kek tadi, picitkan cream cheese.
2. Letakkan choc ganache
3. Picitkan cream cheese diatasnya
4. Taburkan serbuk koko/milo
5. Tutup botol dan masukkan dalam peti sejuk. 
* Kek ini sedap dimakan sejuk-sejuk


Tiramisu - Kek In Jar...

Dihias dengan ribbon dan sudu...


2.  LAPIS CHEEZY - KEK IN JAR

250g tpg sponge mix
50g air
1 tsp ovalet
1 tsp pewarna hijau/biru/oren/merah
1 tbsp orange pes /sunquick
50g minyak jagung / butter cair

Cara:
1. Pukul semua dengan high speed – kecuali minyak dan pewarna
2. Masukkan minyak. , masukkan pes oren.
3. Bahagikan kepada 4 bahagian, letakkan warna. Ikut kesukaan anda
*banyakkan warna plain - masukkan semua dalam 4 piping beg untuk senang dimasukkan dalam botol.
 4. Ambil botol, picitkan adunan tadi, tapi pastikan tidak lebih 1/3 daripada botol. 
5. Letakkan botol ke dalam loyang yang telah dimasukkan air. Kemudian masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 terlebih dahulu.

6. Bakar anggaran 20 minit atau hingga masak - bergantung pada oven (cucukkan dengan lidi untuk lihat kek telah masak).
7. Bila masak keluarkan dari oven dan loyang - sejukkan


Untuk menghiasnya.

Cream Cheese
250g cream cheese
125g susu pekat manis
250g krim putar – putar high speed
1 tsp oren sunquick

1. Putar cream cheese dengan susu pekat hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, putar krim putar hingga soft peak. Kemudian masukkan krim putar ini dalam bekas cream cheese tadi.
3. Masukkan pes oren sunquick . (boleh letak lebih jika nak rasa masam-masam cikit) 

Choklat Ganache
200g choc masakan - (cair secara double boiler)
Filling pilihan - starwberry / blueberry / kiwi / mano - apa-apa yang suka 
Badam pangganng (cincang / hirisan)

Untuk melapisnya :
1. Ambil kek tadi, picitkan cream cheese.
2. Letakkan filling
3. Picitkan cream cheese diatasnya
4. Paipkan choc ganache 
5. Taburkan badam panggang diatasnya - jika suka
6. Tutup botol dan masukkan dalam peti sejuk. 
* Kek ini sedap dimakan sejuk-sejuk




Filling Kiwi...


Warna kek  ikut pilihan... Filling Blueberry ...

Boleh juga dihias berwarna warni... Meriah gitu... Filling strawberry...
* Resepi Cream cheese yang kita gunakan adalah sama untuk kek In Jar ini.
. Ok.. selamat mencuba.... 


Tuesday, June 24, 2014

Makaroni Bakar

Assalamualaikum semua....
Terlebih dahulu Kak Ida nak mengucapkan kepada semua rakan.. Selamat Menyambut Ramadhan yang akan mengunjungi kita hanya beberapa hari saja lagi...

Hari ni Kak Ida nak kongsikan resepi Makaroni Bakar yang telah di tambah suai.. hahaha(ada ka  dalam BM...) Kak Ida belajag ni beberapa tahun yang lalu di Kolej Komuniti. Tapi resepi hari ini, dah diolah...

Makaroni Bakar

Bahan-bahannya:

125g makaroni - Rebus di dalam air yang dimasukkan 1tbsp minyak hingga kembang - toskan

400g daging cincang - cuci, dan rebus

2 tbsp rempah kari daging
2 tbsp sebuk jintan manis
1 tbsp serbuk rempah
1/2 tsp garam masalla - ada jual kat kedai mamak, kat mydin pun ada (letak ni lagi sedap laa)
* semua bahan di atas bancuh dengan air panas - 1/4 cwn air panas
50g mix vegi/ kacang peas

1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
* mesin halus

1/2 tin susu cair + 1/2 tin air
4 telur
2 tsp garam
* campurkan susu dan telur dan pukul sekejap, masuk garam
2 keping keju (apa-apa brand ok... yang kita makan dengan roti, ...nak letak lebih pun boleh)

Bahan hiasan:
1 Telur + 1tbsp susu
Daun sup
Daun Bawang
Cili besar
* daun + cili semua dicincang halus
serbuk oregano

Cara:
1. Tumis bahan-bahan yang dimesin tadi hingga garing
2. Masukkan campuran rempah, masak hingga naik baunya
3. Masukkan rebusan daging cincang (toskan airnya), masak hingga daging empuk. Masukkan air sedikit
4. Masukkan mix vegi. Masak sebentar.. kemudian tutup api.
5. Dalam bekas lain, masukkan susu + telur + garam tadi. Masukkan makaroni. Kacau. Masukkan daging cincang dan rasa. Jika perlu boleh tambah garam jika kurang masin (Coz Kak Ida makan kurang masin)...
6. Ambil loyang 10X10 griskan dengan minyak@ butter.
7. Tuangkan bancuhan tadi dalam loyang. Carik-carikkan keju dan tabur dalam adunan
8. Masukkan Dalam oven (suhu 180 - dipanaskan terlebih dahulu). Bakar dalam anggaran 35 minit.
9. Keluarkan dan tuang telur yang dipukul  dan taburkan daun sup + daun bawang + cili hidup. Taburkan serbuk oregano.
10. Masukkan kembali dalam oven dan bakar dalam 15 minit atau sehingga garing ( bergantung kepada oven.)
11. Biarkan sejuk dahulu, kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan..


Makaroni Bakar....

*Tujuan telur dan daun-daun diletakkan akhir sebab nak bagi makaroni kita nampak berkilat dan cantik. Daun x la hangus.. heheheee

Selamat mencuba...







Tuesday, April 8, 2014

Kelas baking 2014

Assalam semua...
Hampir 1/3 tahun 2014 berlalu.. baru nak update cikit entry kat blog ini.... hermmmm...
Kak Ida nak kongsi pic waktu attend kelas yang sempat diikuti tahun 2014 ni...


Choc Red Velvet
Choc Red Velvet ni Kak Ida attend kat sifu di Sungai Dua Butterworth.. Ana namanya... dah p blajag.. tp x kesempatan membuatnya lagi..hehehee

Aneka Donut
Haaa... ok dak donut ni??? Secantik rupa..segebu nampak..sesedap rasa.. hahahaaa..banyaknya se...
Donut ni Kak Ida p belajag kat Jitra.. Rumah baker gak laa. Lily.. Sifunya didatangkan khas dari KL.. Siapa tak kenal.. Pn Daalia.. @ Lea Oven..
Memang best buat donut ni.. Coz.. pertama.. senang nak buat, kedua.. sedap dimakan..  ketiga.. Cantik..
keempat..x yah beli dah kat Big Apple.. hahahahaha
Apa yang pasti toppingnya mmg sedap... bertambahlaa kiloku...

Ok.. sampai sini dulu.. nanti-nanti jumpa g naa...

Monday, December 30, 2013

Bila dapurku kembali bicara...

Assalam rakan-rakan mayaku semua... Apa khabar...Kak Ida doakan semua sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya...
Tak sedar masa berlalu dengan pantasnya.. dah penghujung tahun 2013... Hanya berbaki sehari lagi.. kita akan sama-sama menempuh tahun baru 2014... Dah ada azam baru???? Ka yang lama pun x habis lagi.. heheheee..
Ok lah.. lama x mengupdate blog kesayangan Kak Ida ni... Hampir setahun lebih Kak ida tak ambil sebarang tempahan.. terasa mcm kehilangan dan kerinduan.. eewaahhh.....hehehee..

Rasanya kini dan kedepan, dah mula boleh ambil order.. Dah dapat green light daripada big boss... Boleh mula membaking...Cukup-cukuplah bela badan yer Fazidah.. dah nampak makin gomoxxx tuu.. hahahaaaa..

Kita beralih ke baking pulak noo...
Kak Ida dah mula buka tempahan untuk Benji Roll. So sesiapa yang ada area Alor Setar dan sewaktu dengannya boleh la buat tempahan...x mahaii.. hanya RM20 saja satu roll...
Kita layan pic dia noo...
Benji Roll.. sedap dimakan dlm keadaan sejuk...

Lepas dok simpan-simpan locker.. terjumpa Majalah Pendidik Keluaran September 2008. Masa ni Kak Ida mengajar di SMK Sultanah Bahiyah..
Kenangan semasa di sana ... ada gak artikel Kak Ida dalam majalah ni...
Walaupun telah 5 tahun berlalu...

keluaran September 2008...


Lima tahun yang lalu...

Sunday, May 19, 2013

Cookies Raya 2013

Assalamualaikum...
lama ya kawan-kawan kita tak bertemu... Hari ni Kak Ida nak tunjukkan projek raya bagi tahun 2013... Cadangan Kak Ida nak jual raya ni... Choc Cookies... hanya satu jenis cookies ja nak buat... Balang kuih ni Kak Ida hias.. Nanti Kak Ida buka order yaa.. heheheee

Balang Cookies... Limited jaa... warna pink...

Choc Cookies... 50pcs/pack.. hanya RM27.00 

Balang cookies marron calour...

Nak order.. leh hubungi Kak Ida... hanya RM27.00/pack.. ada 50biji..

Inilah cadangan projek raya tahun 2013 ni..

Thursday, April 18, 2013

Assalamualaikum semua....
Lamanya tak mengupdate blog nii... Waalaupun tahun 2013 telah melewati pertengahan April, baru kali ninilah Kak Ida berkesempatan untuk meninjau-ninjau blog yang dah bersawang-sawang ni.. hehehee
Cepatnya masa berlalu... pada minggu lepas baru Kak Ida berkesempatan membaking... baru nak mula..
setelah beberapa bulan semua barang-barang baking tersimpan..
Kek Peach ni kak ida buat sempena ulangtahun my big boss.. siapa lagi... hehehe ... my hubby laa...

Kek Hari lahir my big boss.. nyum--nyum.. sedaapppp...

Choc Chip Cookies... cadang nak jual raya tahun ni... sapa nak order..g tau naa.. hihihiii...
Kak Ida juga membuat sedikit choc chip cookies.. untuk makan-makan.. Kak Ida suka cookies ni sebab dia ranggup... terbaiklaaa... Cadang nak buat jual utk raya tahun ni...
Ok.. hingga jumpa lagi... Salam manis selalu daripada Kak Fazidah....

Monday, December 17, 2012

Gumpaste Lagi...

Assalamualaikum....
Lamanya tak mengupdate di blog zedabakery nih.... hampir lima bulan.. oowwhhhh..lamanya... Apa khabar kawan kawan semua?... Tentu seronok kan... cuti sekolah.. cuti hujung tahun... dan coootiii laaa... heheheee...
Kali ni kak Ida tak cerita pasal DC yang sedang menggegarkan doniiiaaaa tuu.. (DC= durian crepe)... X p blajag pun... Kak Ida nak cerita pasai kelas gumpaste yang Kak Ida attend kelmarin... Memang puashati dan berbaloi bayar fee dia... huhuhuu... Hasilnya memang terbaik dan sangat puashati di samping sifunya yang cantik manis dan baik hati... Nurhaslinda @ Kaori decorative Cake.... Jom kita tengok bunga bunga yang dihasilkan oleh Kak Ida kelmarin...

Cantikkan... Jambangan pelbagai jenis bunga....

Pandangan sudut lain.....

Anemone dan Fantasy Flower....

Cantik memikat.... hijauan daun yang cantik....

Nampak real kan.. hik hik hik.... (puji sendiri....)

Buna anamone.... suka buat bunga ni...

Bunga hydrangea... (sori kalau salah eja...)

yang ni tak ingat nama.. tapi ada wood wood.. yg pasti bukan tiger wood.. hahahaaaa

Bunga Fantasy... asyik membuatnya..
Amacam... betul dak kak Ida cakap... cantikkan.. heheheee...
Ok.. untuk orang utara, nanti bolehlah nak order bunga ngan Kak Ida... Nanti kak Ida akan tulis kod number dia naa...
Bunga gunpaste ni.. dah beberapa kali Kak Ida attend kelas... Lain sifu, lain teknik dan garapannya.. Semua sangat best... but this is the best.....

Monday, July 16, 2012

Puding Lapis Tikar

Hari ni Kak berkesempatan mengupdate di blog zedabakery ni...
Puding Lapis Tikar ni,, first time buat selepas attend kelas dengan Chef Asma Puchong... Puding ni Mrs Sharina yang order... Tq Ina.. selalu order ngan Kak Ida.


Puding Lapis Tikar... hanya RM60/biji....

zedabakery dah beli chiller idaman.....

sapa sapa nak order... bolehlaaa..silakan contact Kak Ida yaa...