Tuesday, February 23, 2010

Kehebatan Surah Al-Ikhlas...

Hari ini Kak Ida terima satu emel dari adik Kak Ida.. dan di sini Kak Ida nak kongsikan bersama rakan rakan yang sudi melewati blog Kak Ida...

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'.. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, February 19, 2010

Elmo ... semuanya Elmo....



Salam manis kembali dari Kak Ida. Hampir seminggu tak update blog ni... Hari ni Kak Ida hantarkan kek, cupcakes dan cookies bertemakan Elmo...Setelah mensearch picture yang ada akhirnya dapatlah Kak Ida hasilkan Kek yang dikehendaki ini.



Kek bertemakan Elmo ni ditempah oleh Leen dari JB yang baru bertukar ke negeri Jelapang Padi ni... Lenn dan hubby nak meraikan birthday anakandanya Muhammad Aqil Mukhlis untuk kali pertama..





Leen juga meenempah cupcakes dan cookies...

Nasib baikla anak Kak Ida si Along tu ada.. so boleh la dia tolong untuk wrapped cookies ni...


Kita lihat sama sama pic ni yaa...





Terima kasih Kak Ida ucapkan buat Leen dan hubby serta baby yang comel.. Muhammad Aqil Mukhlis...

Wednesday, February 10, 2010

Icha 3 Tahun





Icha... itu nama bagi anak kawan Kak Ida. Melihat pada pic yang dihantar untuk dibuat edible image ni.. Kak Ida suka tengok gaya lenggok Si Icha ni.. Fuyoo.. memang pandai bergaya.. very sweet..
Oh ya.. kawan Kak Ida ni order Cup Cakes untuk birthday anaknya.. Nak guna kan Edible Image.. So Kak Ida dapatkannya daripada Lea di Putra Heights.. Cuma kalut sikit la.. sebab masalah courier..tapi alhamdulillah .. dapat juga Kak Ida siapkan kek untuk Icha ni..


Happy Birthday ICHA...



Bagi kawan kawan, kalau nak order kek Princess buat birthday anak-anak.. dialu alukan lah...



Inilah Kek Princess pertama yang Kak Ida buat selepas menghadiri kelas ngan Kak Jun last November..





Dan sebagai hadiah untuk Si icha, Untie Ida hadiahkan Kek ni kat Icha yer..



Dan buat kawan Kak Ida. Happy 16th Anniversary... Semoga kekal berbahagia ke akhir hayat..

Sunday, February 7, 2010

Blueberry Cheese Cake



Salam manis buat semua rakan yang melayari blog Kak Ida... Kita jumpa lagi pagi ini... Cheese kek ini di tempah oleh rakan cyber Kak Ida. Pn Yus. Dan sebelum terlewat, Kak Ida nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Puan Yus.. Masa Kak Ida nak datang ofis pagi ni, singgah rumah Puan Yus kat Taman Melur di Jitra hantar kek ni.
Walaupun pertama kali bertemu, orangnya baik sangat... peramah... Pn Yus ni lecturer Multimedia kat UUM.... Dan bila sebut UUM ni... nostalgia lama kembali menjelma.... Yer laa.. tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat Kak Ida sekolah.. hehehe..
Sekali lagi thanks Pn Yus... semoga bertambah bahagia dan sihat sentiasa di beri Allah hendaknya.

Ok..ok.. Kak Ida ingat janji semalam nak kasi resepi Cheese cake..
Ok ambil pen dan kertas... eh.. silap... just copy and paste ...k..hehehe

Bahan bahan nya:

Sekeping sponge kek 8"

Untuk Cream Cheese:
500gm cream cheese
50gm butter
100gm gula (kalau nak manis, tambah lagi.. Kak Ida makan tak manis)
4 telur asingkan
30gm tpg jagung
150gm whip cream
1tsp jus limau

1. Putar cream cheese, butter, gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur satu satu dan putar lagi hingga kembang
3. Masuk whip cream
4. Masuk tpg jagung
5. Masuk jus limau
6. Dalam bowl lain, putar putih telur hingga kaku..(soft peak)
7. Masukkan putih telur dalam adunan cheese tadi.
8. Letakkan sponge kek dalam loyang. Gunakan ring.. Tuang adunan cheese tadi dan ratakan.
9. Bakar guna steam baked. Letak air dalam dulang. Suhu 150 darjah utk setengah jam pertama, dan diturunkan ke 120 darjah untuk satu jam setengah lagi ataupun hingga masak.
10. Bila dah masak, switch off oven, buka pintu oven sedikit, biarkan sekejap dalam +-10 minit baru dikeluarkan dari oven.
11. Dah agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk
12. Keluarkan dari peti sejuk, dan apa lagi... makan jer laaa...

* kalau tak nak guna based sponge kek, gunakan based crust
iaitu 250gm biskut (yang baik guna digestive)
250gm butter
Ramas biskut dan butter, tekan dalam loyang untuk ratakan, bakar sekejap..



Letak la filling apa apa yang disukai.. Macam yang ini.. blueberry..



Ataupun plain saja macam yang ini...

Dan yang ini ialah kek popular yang selalu ditempah oleh rakan rakan Kak Ida.. apa lagi.. Kek Choc Moist laa
Mulanya Kak Ida buat kek ni untuk jamuan kat ofis, tapi sebab ada hal tak dapat dielakkan, so Kak Ida hadiahkan jer la kat kawan kawan.. Untuk jamuan tu, nanti kita buat lain.. heheheee..



Mesti tanya tu... sedap ke??? nak gerenti 100% tu tak la.. tapi memang sedap.. sebab tu la komen yang selalu Kak Ida dapat tentang kek choc ni. Dan anak Kak Ida memang suka kek Choc ni..

Ok kita tengok pic kek choc noo..



Harganya hanya RM13 untuk pack kecil ni dan RM28 untk 8x8"

Saturday, February 6, 2010

Cheese..oh..cheese kek...


Kita bertemu lagi hari ini.. Sebenarnya dah banyak hari Kak Ida nak update blog ni... tapi macam macam hal mendatang.. cuma hari ni sempat la sikit nak cerita cerita pasal kek.
Ok hari ni kita sembang pasal Cheese kek.. Suka ka makan cheese kek ni?? Kak Ida suka buat jer.. tapi makan sikit sikit jer... hehehe.. ku sedar siapa diri ku.. hahahaaa..x pasal pasal kilo lagi bertambah... so buat dan tenguk jer laa...



Adunan ni baru sudah disiapkan, nak dimasukkan ke dalam oven . Macam biasa la, kalau baked cheese cake tu, kita masak dia cara steam baked. Cheese kek ni, di repeat order oleh 2 sahabat ofis kak Ida.. Puan S dan Puan A.. siapa yer.. hehehe biarlah rahsia... Ok la masukkan adunan ni dalam oven. Letak air dalam dulang, 150 dulu untuk setengah jam, kemudian slowkan ke 120 untuk satu jam setengah ataupun sampai kuning perang (ikut oven) sebab Kak Ida kadang guna Europa, kadang guna Orimas...janji oven...





Inilah hasilnya cheese kek yang dah masak..Amacam.. terliur ke???.... Sedap ke??? Kalau tanya Kak Ida sedap ke tak... sure jawapannya... nyummm..nyummm..sedappppppp..
hehehehee... taukeh mesti kata sedap kann...



Nak resepi dia... Kak Ida tahu...nanti Kak Ida postkan resepi dia. Senang jer buat. Tunggu yer...



Cheese kek yang dah siap.tapi masa ni.. rasanya dah selamat dah kek ni.. heheheee...
Ok nanti kita jumpa lagi... Nak tahu harga dia ??? Hanya RM50/biji. Berat dalam 1.2kg++