Sunday, September 11, 2011

Syawal Yang Berlalu...

Assalamualaikum semua rakan online….. Apa habag yaa????.. lama kita tak bersua muka… hehehe .. actually..lama kak ida tak mengupdate blog zedabakery nii…
Ramadhan telah meninggalkan kita… dan Aidilfitri pun telah berlalu.. Macam mana semua??? Tentu seronok kan.. menjamu selera dengan juadah yang pelbagai.. menziarahi sanak saudara… bertemu rakan taulan… jauh dan dekat… yang ada kampong.. balik kampong.. yang x ada kampong… x balik mana-mana.. macam kak ida.. heheheee.. raya di alog stag jaa…


Ini kek birthday anak buah Kak Ida.. jatuh pada hari ini... Happy Birthday Aliya... dah sweet seventeen noo...

Ok… kali kak ida upload beberapa pic yang sempat di ambil sempena syawal baru-baru ni…


First time buat Cornflake Madu… Anak Kak Ida yang sulung..suka kuih ni… kak ida pun suka gak.. nyap..nyap.. nyap.. habis sebalang…waaaa…..baju dah kecikkk….
Yang ni pulak.. semua tahu kan… London almond.. Ini kesukaan anak bongsu kak Ida…

Kek ni kawan kak ida oder, …Pn Siti tu kawan ofis kak Ida.... katanya nak makan-makan…Thanks kak..

Ok.. berbalik kita dengan cupcakes ni.. temanya hitam putih…


Ini regular customer kak Ida.. siapa lagi.. Pn Ila…Katanya nak bagi dekat kawan dia..
Thanks Ila..( nak tau.. Ila ni.. tokey samprit)… sedap samprit tu… masuk dalam mulut.. nyum..nyum..nyum.. dah..habisss…heheheee

Wednesday, August 3, 2011

Rich Fruits Cake

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua…. Semoga kita semua dapat mengharungi ramadhan kali ini dengan lebih baik lagi…

Pada hari ini Kak Ida nak berkongsi dengan semua satu resepi iaitu Kek Buah…. Ermmm kek buah ni sedap rasanya dan kurang manis…. Nanti bolehlah mencubanya yaa…

FAVOURITE FRUIT CAKE

10 biji telur (asingkan kuning + putih)

500 gm mentega 500 gm mix fruit

300 gm brown sugar 100 gm badam cincang

450 gm selfraising flour

1 s.m. chocolate emulco

1 s.m. fruit essen

Peraturan :

  1. Tepong,mix fruit,badam digaul rata lalu ketepikan dulu.
  2. Pukol kuning telur dan brown sugar hingga kembang lalu masukkan mentega dan pukol lagi hingga rata.
  3. Tukarkan pada ‘K’ beater lalu masukkan campuran buah-buahan, fruit essen,chocolate emulco dan gaul rata.
  4. Pukol putih telur hingga kembang lalu masukkan kedalam adunan campuran mentega tadi dan gaul rata.
  5. Tuangkan kedalam tin 10x10x3 inchi yang telah beralas kertas dan sapu mentega.Bakar 1/2 jam oven 170darjah celcius,kecilkan api 120darjah celcius bakar lagi selama 2 jam.
  6. Keluarkan dari oven terus ditutup dengan kertas timah.Biarkan sehingga sejuk betul.


Kek buah ni senang jer membuatnya…

Ok ..kita jumpa lagi di lain entri….

Monday, July 25, 2011

Terubat jua rinduku....

Assalamualaikum semua...
Lama kita tak bersua di zedabakery nih... Kak Ida harap semua rakan yang mengenali zedabakery nih..sihat hendaknya...begitu juga kepada yang baru melewati blog ini... Salam manis dan ceria selalu...

Hari ni ada beberapa pic baru cupcake yang kak ida dah buat beberapa minggu lalu. Tapi x sempat di upload..
Cupcke ni ditempah ileh kawan Kak Ida.. Linda dan Wan...


Temanya pink + biru...
Terima kasih Linda dan Wan...

Cupcke ini pula ditempah oleh rakan ofis Kak Ida..


nak diberi kepada semua rakan sekerja....


Simple dekor...

Thanks Kak Aini...

Tuesday, June 7, 2011

Pertunangan....


Salam ceria lagi buat semua....
Cupcake bertemakan warna orange ni di tempah oleh Shue yang ertugas di Putrajaya.... Shue ni adik kawan Kak Ida masa kat sekolah lama...Pn Nor...

Shue mahukan cupcakes bertemakan warna orange...

Ok Shue & Afifi... Selamat bertunang....

Monday, June 6, 2011

Happy Birthday .....

Buat Afrina Nisa....

Salam manis buat semua rakan zedabakery.... Hari ni Kak Ida berkesempatan menyiapkan tempahan kek oleh kawan Kak Ida..Pn Lin.. buat anak kesayangannya...
Walaupun Lin berada jauh daripada anaknya... namun kasih ibu tak pernah luntur... Kek ditempah pengganti diiri buat anakanda tercinta...

Happy Birthday Afrina.....

Thanks Lin..... semoga enjoy bersama rakan-rakan di negara orang.....

Sunday, June 5, 2011

Cuti Sekolah...


Untuk majlis pertunangan...


Bertemakan putih + hitam... pilihan hajar & Fyrus


Terima kasih hajar.... dan selamat bertunang...

Kak Ida juga menerima tempahan cookies...
ceria....
simple....
baju kanak-kanak...
bercorak gaun....
berwarna biru firus....
Cookies yang ditempah oleh Pn Ila...

Kek 2 Tingkat....

Kek 2 tingkat bertemakan purple dan putih...

Inilah hasil kek 2 tingkat tempahan oleh saudara kak Ida Pn Amiyah untuk anak perempuannya Adilla... Selamat Pengantin Baru...

Terima kasih kepada semua yang sudi menempah daripada Zedabakery... Moga bertemu lagi...

Monday, May 30, 2011

Tempahan di Bulan Mei....

Assalamualaikum dan salam manis ceria selalu buat semua teman online zedabakery.. tak kira yang baru mengenali atau yang telah pun lama kena ngan Kak Ida…
Agak lama betul kak Ida tak mengupdate blog zedabakery nih… hehehhee… kesibukan yang mengundang ketidaksempatan.. hahahaa… apa bahasa la niii…. Ermmmm kak Ida sempat menyiapkan beberapa tempahan sepanjang bulan Mei ni… Cuma inilah baru ada kesempatan untuk mengupdatenya..


Haaa…. Ni projek yang terbaru.. kek 3 tingkat…. Buat semua… nil ah first time Kak Ida buat kek kahwin 3 tingkat… kek ni tempahan oleh rakan pensyarah Kak Ida iaitu Pn Sharina untuk Majlis Perkahwinan anak perempuannya Nadiah…

Nadiah inginkan kek simple bertemakan putih , hitam dan peach…Kak Ida buatkan Kek Carrot dan Kek Buah untuk kali ini..



Yang inilah tn punya lorekan kek ini. Kak Ida import khas dari IPDA..heheheheee… Pn Norhayati.. kawan baik Kak Ida… sudi melorek untuk kek ini.. (pssst… coz dia lect Seni… Kak Ida bab lukis melukis ni… alahai… lemah betul…) Thanks Yatt.. nanti kita buat MOU ya… hehehe…





Kek di tempat majlis.. Darulaman G&CC…

Kek... Golf....oh..Golf...



Pandangan sudut lain...



Kek bertemakan golf ini pun tempahan oleh Nadiah juga… dan figurine pengantin pompuan ni..kwn Kak Ida la buatkan.. siapa lagi… Yatt la….

Kak Ida harap Pn Sharina dan Nadiah berpuashati dengan kek kek ini..

Ok… cupcake purple ni pula ditempah oleh adik rakan baik Kak Ida.. Dr Shahrul Bariah…Bertemakan purple + putih…


Thank You Dr…..

Ok… cupcake comel ni adalah tempahan Pn Ida untuk pertunangan anak kesayangannya.



Pn Ida tinggal di Labuan… dia hanya membuat pesanan melalui telefon untuk menempah cupcake ini… Warna ini adalah pilihan Pn ida.. purple + merah + hijau…


Kak Ida haran Pn Ida puas hati dengan cupcake ini.. Dan buat Iwan dan pasangannya Ina.. selamat bertunang….

Cookie tempahan Hari Guru oleh pelanggan tetap.. Pn Ila..


Katanya untuk majlis Hari Guru disekolahnya... Thanks Ila.....

Tuesday, May 3, 2011

Kasihkan seseorang....



Assalamualaikum semua... salam manis dari Zedabakery.. agak lama x mengupdate blog ini kan...
Hari ni Kak Ida uploadkan pic kek yang sempat kak ida buat malam tadi..


Hanya kek yang simple saja dekornya...
kek ini tempahan untuk hadiah harijadi... dari seseorang kepada insan yang special dihatinya...

Happy Birthday...ke 54 tahun..moga dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki...