Thursday, November 17, 2011

November 2011.....

Assalamualaikum ….. Salam manis..ceria dan bahagia buat semua rakan zedabakery…. Lama kita tak bersua muka… ermmm… bukan kak ida lupa… x sempat nak mengupdate entri di blog ni…
Nampaknya hari ni hari terakhir sessi persekolahan untuk tahun 2011 ni… tentu banyak perancangan kan masa cuti ni.. kenduri..jamuan.. percutian dll…akan mewarnai kehidupan kita… Di zedabakery pula… pada minggu lepas kak ida dapat menyiapkan beberapa tempahan…


Kek Dua Tingkat dan Cupcake 11.11.11

Tema Warna pilihan …. Orange + putih + merah………


Aufa…. Itulah namanya si empunya kedua kek-kek ini… Aufa meminta kak ida menyiapkan sekali deko bagi cupcake + bekasnya… Inilah yang dapat kak ida siapkan…


Kek dua tingkat ni .. kak ida buatkan kek buah di bawah dan kek butter di tingkat atas…


Kek tingkat atas... kek butter..

Dekor untuk tingkat atas kek...



Tq Aufa….. Semoga berbahagia hendaknya….

Tempahan Untuk Majlis Pertunangan........

Hantaran di pihak Nani dan pasangan…Nani ni dari Pokok Sena tetapi bertugas di KL..

merah + putih bagi pihak lelaki…


Bunga yang simlpe... tema pink + putih...

Cupcake-- pink + putih..

Nani menempah cupcake dan kek bertemakan pink + putih di pihak perempuan

Tq Nani dan che abang… Selamat bertunang….Semoga bahagia selamanya….



Bajet Cupcakes + Kek Buah....

Kek buah untuk hantaran...

Bajet Cupcake dan Kek Hantaran…


Cupcake bajet ni di tempah oleh Syidah bagi majlisnya pada hari raya ke dua aidil adha lepas… Dan kek buah ni.. dijadikan kek hantaran.. Kak Ida mendekonya dgn simple sahaja…


Terimakasih Syidah.. semoga berbahagia sehingga akhir hayat…

Monday, September 19, 2011

Pertunangan..

Pertunangan....
Cupcake ni ditempah oleh Nurul yang berada di Selangor buat sepupunya Si Anis.. Dia nakkan dekor yang simple..
Rupanya Anis ni anak murid Kak Ida masa di sekolah Bahiyah dulu...

Ok Anis... ceria selalu yaa...

Doa dari cikgu.. semoga kekal berbahagia ke akhir hayat..

Selamat bertunang ya Anis....

Sunday, September 11, 2011

Syawal Yang Berlalu...

Assalamualaikum semua rakan online….. Apa habag yaa????.. lama kita tak bersua muka… hehehe .. actually..lama kak ida tak mengupdate blog zedabakery nii…
Ramadhan telah meninggalkan kita… dan Aidilfitri pun telah berlalu.. Macam mana semua??? Tentu seronok kan.. menjamu selera dengan juadah yang pelbagai.. menziarahi sanak saudara… bertemu rakan taulan… jauh dan dekat… yang ada kampong.. balik kampong.. yang x ada kampong… x balik mana-mana.. macam kak ida.. heheheee.. raya di alog stag jaa…


Ini kek birthday anak buah Kak Ida.. jatuh pada hari ini... Happy Birthday Aliya... dah sweet seventeen noo...

Ok… kali kak ida upload beberapa pic yang sempat di ambil sempena syawal baru-baru ni…


First time buat Cornflake Madu… Anak Kak Ida yang sulung..suka kuih ni… kak ida pun suka gak.. nyap..nyap.. nyap.. habis sebalang…waaaa…..baju dah kecikkk….
Yang ni pulak.. semua tahu kan… London almond.. Ini kesukaan anak bongsu kak Ida…

Kek ni kawan kak ida oder, …Pn Siti tu kawan ofis kak Ida.... katanya nak makan-makan…Thanks kak..

Ok.. berbalik kita dengan cupcakes ni.. temanya hitam putih…


Ini regular customer kak Ida.. siapa lagi.. Pn Ila…Katanya nak bagi dekat kawan dia..
Thanks Ila..( nak tau.. Ila ni.. tokey samprit)… sedap samprit tu… masuk dalam mulut.. nyum..nyum..nyum.. dah..habisss…heheheee