Tuesday, September 28, 2010

Jumpa Kembali



Salam manis buat semua rakan blog... memang dah lama benar Kak Ida tak mengupdate blog Zedabakery nih... Ntah apalaa...yang busynya..heheheee
Masa aidilfitri yang lepas, Kak Ida agak sibuk menyiapkan tempahan kek.. Kak Ida hanya mengambil 2 jenis iaitu tempahan Kek Buah dan Benji Roll...


Ini sebahagian benji roll yang disiapkan hari tu... Terima kasih kepada semua yang telah menempah kek-kek dari Zedabakery nii...

Pada hari raya kedua, anak buah Kak Ida menyambut ulangtahun yang ke 16, so Kak Ida sempat la buat kan kek utk sambutan hari lahirnya...

Buat anak buah ku... selamat hari lahir ke 16...

Dan kek yang ini pulak adalah ditempah oleh seorang ibu yang berada di bagan serai.. Ibu ini hanya menelefon Kak Ida utk buatkan kek kepada anak kesayangannya yang ada di Alor Star...belajar..
Petang kelmarin, selepas balik dari ofis, Kak Ida dah hantar kek ini kepada tuan empunya.. dalam hati kak Ida dapat bayangkan..betapa kasihnya ibu kepada Anis ni... x lupa dia pada hari jadi anaknya.. walaupun tak dapat sambut bersama di kampung.. dititipkan kek hari jadi pengganti diri...
owh... terharunya hati kuu....


Terimaka kasih Kak Ida ucapkan kepada ibu Anis yang sudi menempah kek daripada Kak Ida...