Tuesday, November 30, 2010

Apam Comel



Salam buat semua.... kali ni Kak Ida nak tunjukkan pic apam comel yang Kak Ida buat untuk jamuan kelmarin... Lepas tu ada staf ofis order pulak... So dua kali la Kak Ida try buat apam ni....







Resepi apam ni kak Ida dapat dari blog Hana.. tq Hana... Apam ni senang dibuat dan sedap rasanya. Anak Kak Ida suka makan kuih ni... Nak resepi dia... ok sat noo.. nak taip..heheheee

250gm tepung naik sendiri
200ml santan
160gm gula halus
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan ovallete
Secubit garam
Pewarna makanan, ikut kegemaran masing-masing

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mixing bowl. Putar perlahan, kemudian high speed hingga kembang.
Kukus.

Betul tak Kak Ida kata senang...heheheee...Jom pakat pakat buat apam ni....

Saturday, November 27, 2010

Aktiviti Hujung Minggu



Salam manis buat semua... Apa khabar semua???... mesti seronok kan.. sebab cuti sekolah dah bermula.. so bagi bakers..tentu kalut menyiapkan tempahan.. Ya lah.. kenduri tentu banyakkan... Macam Kak Ida.. baru menyiapkan tempahan buat rakan Kak Ida di Jitra..
Mak chag menempah 400 pack muffin dan 500 pack kek buah.. tapi sayang.. dek kalut..x sempat nak amik pic kelmarin..so tengok ajelah pic muffin yang belum di pack.. heheheee



Dan satu aktiviti hujung minggu ini, Kak Ida sempat menyiapkan kek fondant ni...

Kita laayan pic kek fondant ni k...

Saturday, November 20, 2010

Cup Cake Hantaran

Cupcakes ...Oooh...Cupcakes....


Salam manis buat semua... Belum telewat untk Kak Ida ucapkan Salam Lebaran Aidil Adha buat semua rakan... Busy ngan tugasan.. x sempat nak uodate entry nih...
Ok.. kali ni Kak Ida upload a few pic cup cake hantaran yang sempat Kak Ida buat kelmarin...





Cupcakes yang ditempah oleh Afifah..dari KEDA buat rakannya.. Fifah ni aadik kawan ofis Kak Ida.. Thanks Zarina..



CUPCAKES Lagi......

Temanya Pink....

Simple cupcakes...

Pink lagi...

Cupcake hantaran ni meriah sikit....


Temanya.. pink..putih dan purple...



Dah disiap ke dalam kotak...

Sunday, October 31, 2010

Kek Fondant


Kasih isteri buat suami....


Kasih anak-anak buat abah tercinta.. from ..Mira, Fiqa', Ahlam & Rina



Salam manis untuk semua rakan online... Kat sini kak ida paparkan beberapa pic kek fondant yang ditempah oleh kawan kak ida buat hubbynya tersayang....
Bertuah husband adik kita ni.. dapat isteri yang sangat menyayangi dirinya...
Tq Lin...

Kelas bahulu


Salam manis untuk semua... lama bebenar kak ida x mengupdate blog.. walaubagaimanapun aktiviti kek tetap berjalan..hehehe cuma x sempat nak menghantar untuk tatapan rakan rakan sekelian..
Hari minggu lepas, kak ida berpeluang menghadiri kelas membuat bahulu... Senyum yer..dengar kueh bahulu... bila dah attend kelas..baru la tau pantang larang and tips nak dapat bahulu yang cantik, molek dan gebu ni...
Nak tau tips dia.. hehehe mai attend kat kelas d umah kak ida...hihihi...
Ok kita layari a few pic bahulu yang diambil semasa kelas hari tu...


Bahulu Cermai dan Bahulu Cappuccino


Bahulu Gulung


CupCake Bahulu


Bahulu Berkat

Kelas membuat bahulu ni dikelolakan oleh Chef Zue yang diterbangkan jauh dari KL.. punya la ramai pelajar yang attend kelas bahulu ni.. Nanti.. kat Kedah..bertambahlah pembuat pembuat bahulu yang sudah pasti..sedap..gebu...lembut...
Ok..siapa nak order... silakan....

Tuesday, September 28, 2010

Jumpa Kembali



Salam manis buat semua rakan blog... memang dah lama benar Kak Ida tak mengupdate blog Zedabakery nih... Ntah apalaa...yang busynya..heheheee
Masa aidilfitri yang lepas, Kak Ida agak sibuk menyiapkan tempahan kek.. Kak Ida hanya mengambil 2 jenis iaitu tempahan Kek Buah dan Benji Roll...


Ini sebahagian benji roll yang disiapkan hari tu... Terima kasih kepada semua yang telah menempah kek-kek dari Zedabakery nii...

Pada hari raya kedua, anak buah Kak Ida menyambut ulangtahun yang ke 16, so Kak Ida sempat la buat kan kek utk sambutan hari lahirnya...

Buat anak buah ku... selamat hari lahir ke 16...

Dan kek yang ini pulak adalah ditempah oleh seorang ibu yang berada di bagan serai.. Ibu ini hanya menelefon Kak Ida utk buatkan kek kepada anak kesayangannya yang ada di Alor Star...belajar..
Petang kelmarin, selepas balik dari ofis, Kak Ida dah hantar kek ini kepada tuan empunya.. dalam hati kak Ida dapat bayangkan..betapa kasihnya ibu kepada Anis ni... x lupa dia pada hari jadi anaknya.. walaupun tak dapat sambut bersama di kampung.. dititipkan kek hari jadi pengganti diri...
owh... terharunya hati kuu....


Terimaka kasih Kak Ida ucapkan kepada ibu Anis yang sudi menempah kek daripada Kak Ida...

Tuesday, August 24, 2010

Apam Mekar



Salam Ramadhan...
Petang kelmarin Kak Ida sempat try buat apam ni...
heheheeee..sukanya hati..coz menjadi... Resepi ni Kak Ida dapat masa melayari internet..tapi terlupa nak copy link dia.. anyhow..thanks utk owner resepi ni...
Jom..try buat...

Baulu Batik ~ Source - Rims(bisousatoi)

Ingredients

2 eggs - 100g (mine weigh 110g)
250g caster sugar
1 tsp (8 g) emulsifier / SP
250g flour Key Blue or low-protein flour (cake flour)
50g corn flour
200 cc water/coconut water/milk/coconut milk (i used milk)
1 tsp Vanilla Essence
2 tbsp Chocolate Paste (i used 1tbsp)

Method
- Prepare the molds with paper cups
- Heat the steamer
- Beat the eggs, caster sugar and emulsifier until thick, if it looks heavy you may add liquid portion a little at a time.. do not use it all up tho
- Add flour and liquid alternately and continue to whisk till well blended
- Take 1/3 of batter and add chocolate paste, stir well, set aside
- Add vanilla essence to the white batter, set aside.
- Fill half of the mold with white batter... fill the rest with white and chocolate batter alternately (I use pipping bag) till its almost to the rim (7/8 full)
- Steam in a steamer over high heat for 15 minutes if ur using smaller paper cups, and 20-25 minutes for large paper cups.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum buat semua rakan blog sekelian....
Lama benar Kak Ida tak mengupdate blog zedabakery nih....
Esok hari..insyallah kita semua akan mula menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak bersama-sama.. oleh itu Kak Ida ucapkan selamat berpuasa dan memnunaikan ibadah ibadah yang lain sepanjang bulan mulia ini...
Ok..hari ni, kak ida paparkan di sini Kek Chiffon dan Kek kukus yang kak Ida try buat baru baru ni...


Kek Chiffon pandan ni kak ida dapatkan resepinya daripada hana yang berada di negara matahari terbit... senang dibuat..sedap..dan yang penting..jadi..heheheee
Nak resepi nya.. nanti kak ida uploadkan ...sat noo...


Sama la juga dengan kek kukus comel ni... dapat resepi dari blog Hana juga laa... sedap..senang dibuat dan cute...

Ok.. ni resepi Kek Chiffon Pandan tu... nanti copy dan paste noo...

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
• 150gm tepung kek
• 1 camca teh baking powder
Bahan B
• 4 biji kuning telur saiz A
• 70gm gula castor
• 1/4 camca teh garam halus
Bahan C
• 85ml corn oil,
115ml jus pandan,
Bahan D
• 4 biji putih telur saiz A
• 70gm gula castor
• 1/2 camca teh cream of tartar

CARA CARA
• Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.
• Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan corn oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
• Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau.
• Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
• Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
• Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar.
• Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
• Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
• Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
• Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang.

* sumber resepi daripada Hana...tqvm Hana..

Saturday, June 26, 2010

Kek Fondant Lagi..



Salam buat semua..apa habag???sihat semua harapnya.. Ka sibuk tengok bola??? Kak Ida tak minat..so tak bolehlah nak citer kat sini..hehehe
Hari ni kak ida nak masukkan dalam entri kali ini pic kek fondant yang disiapkan malam tadi...ok..jumpa lagi..









kepada semua..jika nak tempah kek fondant..dialu-alukan......bye..jumpa g..

Monday, June 21, 2010

Untuk Insan Bergelar Ayah..Daddy..Papa...etc...



Salam manis untuk semua..tak terlewat lagi rsanya untuk ucapkan selamat hari Bapa kepada semua yang bergelar BAPA.walaupun apa panggilan..ayah..baba..papa..walid..daddy...namun tujuannya tetap sama...Insan yang penting dalam hidup setiap anak Adam di bumi ini...So kepada mereka yang masih mempunyai Ayah...hargailah ..Saya sayang ayah...


Ok..bila cakap bab Hari Bapa ni, ada insan betuah dapat tanda ingan Hari Bapa dari isteri tercinta.. Kak Ida menerima tempahan cupcakes utk hari Bapa oleh Si Nina dari SP...dia nak surprisekan hubby nyer Ahmad Fitri yang keje kat Petronas Gurun...bertuah yer encik Fitri ni.. tanda ingatan sayang dari isteri & anaknya adam...

Saturday, June 12, 2010

Kelas Kek 12 Jun

Salam ceria buat semua rakan blog Zedabakery... hmmm..hari ni nyer entri Kak Ida tak dapat nak upload pic..coz camera kak Ida berada jauh nun di tanah suci bersama rakan baik Kak Ida...

Kali ni Kak Ida citerkan sikit sebanyak kelas Kek Buah dan Benji Roll yang berlansung siang tadi.. Alhamdulillah.. ada 4 orang yang datang belajar pada patang tadi.. Ada tiga Fazillah yang datang...Kak Ilah, Fazilah yang kerja kat Hospital Sultanah Bahiyah dan Ilah jiran sebelah rumah Kak ida dan juga As. Mereka merupakan rakan baik yang sering pergi menimba ilmu belajar aneka jenis kek dan lain lain.

Ok.. kepada sesiapa yang nak belajar buat kek..boleh hubungi Kak Ida..kita boleh arrange masa dan jenis kek yang dipilih..antara kek yang boleh dipilih ialah
1. Kek buah + Benji Roll
2. Kek Lapis Marie Prune + Zig Zag Roll
3. Kek Sinar Sari + Choc Roll
4. Crispy Cake + Blue Berry Roll
5. Cup Cake Fondant

Jika ada 6 orang kelas boleh diadakan...ok..jumpa lagi...


Crispy Cake

Tuesday, June 1, 2010

Kasih Ibu ..




Kek Chocklat ni diorder oleh seorang ibu saudara dari Perak buat anak buahnya di Alor Star.. Kak Ida menghantarnya kelmarin.. Happy birthday Aqeela... and thanks Pn Fazilah..sayangnyer dia kat anak buah...


Pn Fazilah menghantar mesej mengatakan anak buahnya suka dan puas hati ngan kek choklat ni... Tq Pn Fazilah...

Putih Suci



Salam kembali buat semua.. apa habagg... lama yerr..kak ida tak mengupdate blog ..hehehe...Ok.. ni pun nak kena p Kl pulak esok.. meeting...x pa.. walaupun meeting jauh..namun hatiku tetap di dapur kecilku...


Ok.. kek fondant putih ni..di repeat order oleh kawan mak Kak Ida untuk majlis....



Dan harga bagi sebiji kek fondant (kek buah) kak Ida ambil hanya RM100 sahaja...

Monday, May 17, 2010

Hari Guru 2010

Salam ceria buat semua rakan yang melewati blog zedabakery... Masa begitu cepat berlalu.. tak sempat kak ida nak update blog ni... sibuk..heheheee.. Sekarang ni kak ida berada di Concorde Inn KLIA untuk attend meeting..so..sebelum nak lelapkan mata, kak ida upload pic kek kek yang dibuat minggu ini..



Muffin blueberry ni dorder sebanyak 500pcs dan di pack kecil kecil. Order ni datangnya dari Dr Ruhaida.. nak diberikan kepada anaknya.. Thanks dr...



Cuba tengok pic ni!!! Comey kan???...hehehe ..ni lah anak buah kak ida..Cup cakes hari guru ni..tempahan oleh maknya iaitu my beloved sis..untuk anaknya..Auni Nassiha.


Diberikan kepada rakan sekolah dan guru sempena hari guru yang lalu..



Cookies hari guru ni ditempah oleh Puan Sharina..


kak ida minta maaf banyak banyak.. kerana katanya banyak cookies ni yg patah.. Kak ida kena buat post mortem..apasal jadi macam tu.. Thanks Ina... kerana sabar dan baik hati.. kak appreciate sangat...



Dan cup cakes ni pun Pn Sharina yang tempah..


nak dihadiahkan kepada lecturer Jabatan Bahasa..sempena hari guru..

Oklah.. kak ida nak p tidog dulu..esok nak sambung meeting lagi... mata dah tak larat nak angkat ni..hihihi.. jumpa lagi nanti ....