Tuesday, June 1, 2010

Putih Suci



Salam kembali buat semua.. apa habagg... lama yerr..kak ida tak mengupdate blog ..hehehe...Ok.. ni pun nak kena p Kl pulak esok.. meeting...x pa.. walaupun meeting jauh..namun hatiku tetap di dapur kecilku...


Ok.. kek fondant putih ni..di repeat order oleh kawan mak Kak Ida untuk majlis....



Dan harga bagi sebiji kek fondant (kek buah) kak Ida ambil hanya RM100 sahaja...

Monday, May 17, 2010

Hari Guru 2010

Salam ceria buat semua rakan yang melewati blog zedabakery... Masa begitu cepat berlalu.. tak sempat kak ida nak update blog ni... sibuk..heheheee.. Sekarang ni kak ida berada di Concorde Inn KLIA untuk attend meeting..so..sebelum nak lelapkan mata, kak ida upload pic kek kek yang dibuat minggu ini..



Muffin blueberry ni dorder sebanyak 500pcs dan di pack kecil kecil. Order ni datangnya dari Dr Ruhaida.. nak diberikan kepada anaknya.. Thanks dr...



Cuba tengok pic ni!!! Comey kan???...hehehe ..ni lah anak buah kak ida..Cup cakes hari guru ni..tempahan oleh maknya iaitu my beloved sis..untuk anaknya..Auni Nassiha.


Diberikan kepada rakan sekolah dan guru sempena hari guru yang lalu..



Cookies hari guru ni ditempah oleh Puan Sharina..


kak ida minta maaf banyak banyak.. kerana katanya banyak cookies ni yg patah.. Kak ida kena buat post mortem..apasal jadi macam tu.. Thanks Ina... kerana sabar dan baik hati.. kak appreciate sangat...



Dan cup cakes ni pun Pn Sharina yang tempah..


nak dihadiahkan kepada lecturer Jabatan Bahasa..sempena hari guru..

Oklah.. kak ida nak p tidog dulu..esok nak sambung meeting lagi... mata dah tak larat nak angkat ni..hihihi.. jumpa lagi nanti ....

Saturday, May 8, 2010

Muffin ...kek..dan kek....



Alhamdulillah.... dari hari ke sehari, Kak Ida menerima tempahan dari rakan rakan . Terima kasih buat semua..Dan gembiranya hati Kak Ida melihat follower yang semakin bertambah... Terima kasih sudi singgah di blog zedabakery ni..



Muffin ni kak Ida siapkan untuk tempahan kawan ofis.. Kak Ida packkan kecil kecil..6biji/pack.. Yang ini muffin blueberry...rasanya sedap!!!!...Harganya hanya Rm1.20/pack... kalau nak order untuk gift apa-apa majlis.. silalah...


Dan Kek Black forest ni diorder oleh Puan Ct.. nak dibawa kepada anaknya yang tinggal di asrama.. Itulah kasih ibu...
Kek ni di dalamnya ada filling blueberry..kak Ida suka kek ni... kalau siapa siapa nak order.. silakanlah.. harganya hanyalah RM45/biji sahaja...

Monday, May 3, 2010

Insan Bertuah....



Salam pagi yang ceria buat semua rakan yang melewati blog zedabakery ni... Di awal pagi yang hening ini Kak Ida masukkan entri kali ini dengan bingkisan pic kek untuk insan yang menyambut Hari Lahir pada 3 May tahun ini.. Yang ke berapa.. x kira... janji hari ni...hehehee


Kek buah ini adalah tanda ingatan kasih sayang seorang suami yang menghargai isterinya.. beruntung wanita itu...so selamat hari lahir ye... Kawan Kak Ida order kek ni.. nak dihadiahkan buat isteri tersayang..



Haa.. dan cupcakes comel ni pula diorder oleh seseorang.. utk buah hatinya....sambut birthday hari ni juga...





Kak Ida doakan kebahagiaan mereka...aminn...
Ok lah.. nak p siap dah.. nak pegi keje...hehehee.. jumpa lagi di lain entri yaa...

Saturday, April 24, 2010

Kek..Kek..oh..Kek...



Salam ceria buat semua rakan Kak Ida.. emmm...hampir 2 minggu blog zedabakery ni tak diupdate... hehehe... busy..busy...
Ok.. hari kelmarin dan pagi ini Kak Ida berkesempatan menyiapkan tempahan 5 jenis kek oleh rakan dan saudara Kak Ida iaitu Kek Buah, Kek Choklat, Benji Roll, Baked Cheesed Cake dan Kek Black Forest...
Dalam dok sibuk buat kek, Kak Ida sempat lagi pergi dinner malam tadi kat Putra Palace ngan my biras n her lovely friend Su.. hehehhee.. hidup mesti relaks...Tuah kami bertiga siap leh dapat cabutan bertuah lagi.. hehheee..sukanya hati Kak Ida..nanti kita tengok pic kat bawah noo.....

Kek kek yang ditempah...
Benji Roll...tanya sedap ke tak??? heheheee tentulah sedap... secantik paras rupanya....Tempahan ni oleh saudara Kak Ida..





Kak Ida packkan Benji Roll dalam Kotak..


Yang ni Kek Black Forest dan Kek Choklat. tempahan oleh Pn Rus.. member ofis Kak Ida.. Thanks kak Rus..

Kak Ida letakkan filling Blueberry..




Kek choklat.. sedap...nyumm...nyummm...



Kek Buah dan Baked Cheese Cake ni ditempah oleh Pn Zai, yang juga sama ofis ngan Kak Ida. Thanks Pn Zai...

Kek buah Kak Ida wrap dengan alumminium foil...dan cheese kek ni. jadi crack... tak tau pasal apa... emmm..nak kena siasat nih... sorry yer Pn Zai.. tak cantik cheese cake tu...


Haa... ni la pic p dinner malam tadi... yang tudung pink tu.. my biras.. dan yang sorang lagi tu.. kawan biras Kak ida dan merangkap kawan Kak Ida gaklaa... Su..





Kan bagitau tadi..dapat cabutan bertuah... boleh p lagi ni...hehehehee. Thanks Mr A yang bagi tiket kat Su...dan Su thanks bawa kami.. tahun depan jangan lupa kak noo...hehehehee

dok plan dinner tahun depan kaa????..hehehehee

Saturday, April 10, 2010

Doorgift Kenduri Kahwin

Salam manis buat semua... emmmm..lama gak Kak Ida tak update blog zedabakery nih...Ada pic baru tapi busy, tak sempat upload.. Ok..hari ni Kak Ida nak citerkan projek Kak Ida pada minggu ini... Kak Ida ada projek besar... kena siapkan tempahan untuk doorgift kepada seseorang yang sangat Kak Ida hormati..


Oleh kerana tempahan yang agak besar jumlahnya, Kak Ida telah mengambil cuti 2 hari untuk tidak kelam kabut...hehehe.. biasa lah.. macam bos kak Ida kata kat Kak Ida.. Dia ni..kalau cuti saja tandanya kena buat kek...atau buat kek aja..mesti cuti... hehehee...

Kali ini Kak Ida menyiapkan kek buah sebanyak 1700 keping yang dimasukkan dalam kotak kecil..seperti dalam pic...jadi kita tengokla noo..pic di bawah ni...


Kek yang baru siap dibakar...

Antara kepingan kek buah yang telah dibungkus...

Pembantu dari anak murid yang setia walaupun Kak Ida dah tak bersama mereka.. Tq banyak banyak sayang sayangku..hehehe...

Pesanan yang siap untuk dihantar...

Ni rakan sekolah sibuk menampal bunga hiasan..bantu..tolong menolong... cayalah.. muafakat membawa berkat...Thanks untuk semua...

Orang kuat.. tolak sure tak rebah.. hehehee

Ni pun orang kuat gak.. Thanks adik...

Kawan kawan Kak Ida ni.. bab hias mengias.. serah kat depa semua yang ada dalam pic di sini.. cayalah...


Ni lah taukeh kek... dok hias x habis habis lagi...


Yang ni baki yang Kak Ida letakkan hiasan yang lain...


So lepas ni..kalau sesiapa nak tempah kek utk apa acara..silalah...Insyaallah ...

Boleh telefon atau emel ke phea_65@yahoo.com