Wednesday, August 3, 2011

Rich Fruits Cake

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua…. Semoga kita semua dapat mengharungi ramadhan kali ini dengan lebih baik lagi…

Pada hari ini Kak Ida nak berkongsi dengan semua satu resepi iaitu Kek Buah…. Ermmm kek buah ni sedap rasanya dan kurang manis…. Nanti bolehlah mencubanya yaa…

FAVOURITE FRUIT CAKE

10 biji telur (asingkan kuning + putih)

500 gm mentega 500 gm mix fruit

300 gm brown sugar 100 gm badam cincang

450 gm selfraising flour

1 s.m. chocolate emulco

1 s.m. fruit essen

Peraturan :

  1. Tepong,mix fruit,badam digaul rata lalu ketepikan dulu.
  2. Pukol kuning telur dan brown sugar hingga kembang lalu masukkan mentega dan pukol lagi hingga rata.
  3. Tukarkan pada ‘K’ beater lalu masukkan campuran buah-buahan, fruit essen,chocolate emulco dan gaul rata.
  4. Pukol putih telur hingga kembang lalu masukkan kedalam adunan campuran mentega tadi dan gaul rata.
  5. Tuangkan kedalam tin 10x10x3 inchi yang telah beralas kertas dan sapu mentega.Bakar 1/2 jam oven 170darjah celcius,kecilkan api 120darjah celcius bakar lagi selama 2 jam.
  6. Keluarkan dari oven terus ditutup dengan kertas timah.Biarkan sehingga sejuk betul.


Kek buah ni senang jer membuatnya…

Ok ..kita jumpa lagi di lain entri….

No comments:

Post a Comment