Tuesday, June 24, 2014

Makaroni Bakar

Assalamualaikum semua....
Terlebih dahulu Kak Ida nak mengucapkan kepada semua rakan.. Selamat Menyambut Ramadhan yang akan mengunjungi kita hanya beberapa hari saja lagi...

Hari ni Kak Ida nak kongsikan resepi Makaroni Bakar yang telah di tambah suai.. hahaha(ada ka  dalam BM...) Kak Ida belajag ni beberapa tahun yang lalu di Kolej Komuniti. Tapi resepi hari ini, dah diolah...

Makaroni Bakar

Bahan-bahannya:

125g makaroni - Rebus di dalam air yang dimasukkan 1tbsp minyak hingga kembang - toskan

400g daging cincang - cuci, dan rebus

2 tbsp rempah kari daging
2 tbsp sebuk jintan manis
1 tbsp serbuk rempah
1/2 tsp garam masalla - ada jual kat kedai mamak, kat mydin pun ada (letak ni lagi sedap laa)
* semua bahan di atas bancuh dengan air panas - 1/4 cwn air panas
50g mix vegi/ kacang peas

1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
* mesin halus

1/2 tin susu cair + 1/2 tin air
4 telur
2 tsp garam
* campurkan susu dan telur dan pukul sekejap, masuk garam
2 keping keju (apa-apa brand ok... yang kita makan dengan roti, ...nak letak lebih pun boleh)

Bahan hiasan:
1 Telur + 1tbsp susu
Daun sup
Daun Bawang
Cili besar
* daun + cili semua dicincang halus
serbuk oregano

Cara:
1. Tumis bahan-bahan yang dimesin tadi hingga garing
2. Masukkan campuran rempah, masak hingga naik baunya
3. Masukkan rebusan daging cincang (toskan airnya), masak hingga daging empuk. Masukkan air sedikit
4. Masukkan mix vegi. Masak sebentar.. kemudian tutup api.
5. Dalam bekas lain, masukkan susu + telur + garam tadi. Masukkan makaroni. Kacau. Masukkan daging cincang dan rasa. Jika perlu boleh tambah garam jika kurang masin (Coz Kak Ida makan kurang masin)...
6. Ambil loyang 10X10 griskan dengan minyak@ butter.
7. Tuangkan bancuhan tadi dalam loyang. Carik-carikkan keju dan tabur dalam adunan
8. Masukkan Dalam oven (suhu 180 - dipanaskan terlebih dahulu). Bakar dalam anggaran 35 minit.
9. Keluarkan dan tuang telur yang dipukul  dan taburkan daun sup + daun bawang + cili hidup. Taburkan serbuk oregano.
10. Masukkan kembali dalam oven dan bakar dalam 15 minit atau sehingga garing ( bergantung kepada oven.)
11. Biarkan sejuk dahulu, kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan..


Makaroni Bakar....

*Tujuan telur dan daun-daun diletakkan akhir sebab nak bagi makaroni kita nampak berkilat dan cantik. Daun x la hangus.. heheheee

Selamat mencuba...







No comments:

Post a Comment