Sunday, February 7, 2010

Blueberry Cheese Cake



Salam manis buat semua rakan yang melayari blog Kak Ida... Kita jumpa lagi pagi ini... Cheese kek ini di tempah oleh rakan cyber Kak Ida. Pn Yus. Dan sebelum terlewat, Kak Ida nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Puan Yus.. Masa Kak Ida nak datang ofis pagi ni, singgah rumah Puan Yus kat Taman Melur di Jitra hantar kek ni.
Walaupun pertama kali bertemu, orangnya baik sangat... peramah... Pn Yus ni lecturer Multimedia kat UUM.... Dan bila sebut UUM ni... nostalgia lama kembali menjelma.... Yer laa.. tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat Kak Ida sekolah.. hehehe..
Sekali lagi thanks Pn Yus... semoga bertambah bahagia dan sihat sentiasa di beri Allah hendaknya.

Ok..ok.. Kak Ida ingat janji semalam nak kasi resepi Cheese cake..
Ok ambil pen dan kertas... eh.. silap... just copy and paste ...k..hehehe

Bahan bahan nya:

Sekeping sponge kek 8"

Untuk Cream Cheese:
500gm cream cheese
50gm butter
100gm gula (kalau nak manis, tambah lagi.. Kak Ida makan tak manis)
4 telur asingkan
30gm tpg jagung
150gm whip cream
1tsp jus limau

1. Putar cream cheese, butter, gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur satu satu dan putar lagi hingga kembang
3. Masuk whip cream
4. Masuk tpg jagung
5. Masuk jus limau
6. Dalam bowl lain, putar putih telur hingga kaku..(soft peak)
7. Masukkan putih telur dalam adunan cheese tadi.
8. Letakkan sponge kek dalam loyang. Gunakan ring.. Tuang adunan cheese tadi dan ratakan.
9. Bakar guna steam baked. Letak air dalam dulang. Suhu 150 darjah utk setengah jam pertama, dan diturunkan ke 120 darjah untuk satu jam setengah lagi ataupun hingga masak.
10. Bila dah masak, switch off oven, buka pintu oven sedikit, biarkan sekejap dalam +-10 minit baru dikeluarkan dari oven.
11. Dah agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk
12. Keluarkan dari peti sejuk, dan apa lagi... makan jer laaa...

* kalau tak nak guna based sponge kek, gunakan based crust
iaitu 250gm biskut (yang baik guna digestive)
250gm butter
Ramas biskut dan butter, tekan dalam loyang untuk ratakan, bakar sekejap..



Letak la filling apa apa yang disukai.. Macam yang ini.. blueberry..



Ataupun plain saja macam yang ini...

Dan yang ini ialah kek popular yang selalu ditempah oleh rakan rakan Kak Ida.. apa lagi.. Kek Choc Moist laa
Mulanya Kak Ida buat kek ni untuk jamuan kat ofis, tapi sebab ada hal tak dapat dielakkan, so Kak Ida hadiahkan jer la kat kawan kawan.. Untuk jamuan tu, nanti kita buat lain.. heheheee..



Mesti tanya tu... sedap ke??? nak gerenti 100% tu tak la.. tapi memang sedap.. sebab tu la komen yang selalu Kak Ida dapat tentang kek choc ni. Dan anak Kak Ida memang suka kek Choc ni..

Ok kita tengok pic kek choc noo..



Harganya hanya RM13 untuk pack kecil ni dan RM28 untk 8x8"

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak Ida.Menarik Cheese cake akak ni. boleh tanya, whip cream apa yg akak guna ?

    ReplyDelete